I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 23, 2008

Demonstrasi aman

hari ahad pukul 10am ...

itulah hari bersejarah aku heheh tak pernah aku pi demonstrasi takut pun ade siap bgtau laki aku dulu kot2 ape terjadi...dahlah laki jauh nasib baik aman jer..

ni citer hal babi tak abis2.walaupun kami ni tak menjerit cuma terpacak jer kat situ tak bermaksud kami tak menyokong biasalah pompuan kan pemalu ...huhhuuu
tapi berdirinya kami disitu ditengah panas2 terik tu membawa erti besar sebagai org muda tidak mahu penghinaan terhadap masyarakat di m.tanah ni semakin menjadi2..

yang kelakarnyer sepanduk2 tu aku,k.eton dan k.dib yang tulis dan tukang tambahnyer laki k.eton hahahah..siap ade kepala *b*###...dan last sekali dah takde idea nak tulis aku pun bg cadangan berdasarkan laki k.eton punya pandangan "BUMI SIHAT MASYARAKAT CERIA" hahahhah...ramai org kat pasar kuala smlm tapi rata2 cuma tompang tgk jer .ade sorang pakcik tu bersemangat giler nak hapuskan babi ker atau nak masuk tv akupun taktau..tapi nampak btul2lah mereka ni nak kan keadilan .keadilan supaya pemimpin2 ni jgn lepas tangan ...

wahai kawan2 ku...jgn mempolitik isu -isu perkauman ni ..parah jadinyer nanti..setiap aper yg berlaku haruslah bertindak mengikut peraturan walaupun kekadang kita rasa takadil..takut plak jadi mcm 13 mei ngerilah pulak dgrnyer...

Wednesday, November 19, 2008

kelas tarian .....

tarian tradisional...

assigment kali ini adalah mengajar anak- anak kampung tarian tradisional..Kg aku nak buat Homestay so,kenalah ade kebudayaan sikit,bagus jugak biar anak - anak muda ni tak lupa tarian lama- lama ni jgn plak asyik tarian barat...

tarian yang aku pilih adalah tarian inang dan zapin.acctually aku bukanlah pandai sangat menari tapi pengalaman tu adalah sikit- sikit.

sejarah tarian inang
Tarian Mak Inang atau juga dikenali sebagai Tarian Si Kembang Cina merupakan sejenis tarian Melayu traditional.
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.

kesenian dan kebudayaan melayu harus dijaga itulah bekal utk anak cucu kita nanti.jgn sampai melayu hilang didunia...

Monday, November 10, 2008

satu daerah satu produk...

nak berkongsi sama tentang pameran satu daerah satu produk di MITC yang berlangsung pada 7-9hb nov 08...wah sangat menarik tau rugi kalau sapa2 tak pi..aku ni pun kerana my sister yang beriya2 mengajak kalau tak ,takjugak aku pi.rasa rugi takpi dari awal .banyak maklumat tentang perniagaan ,cara berniaga pinjaman dan pelbagai produk yang boleh diusahakan ..
rasa sesiapa yang nak cuba menceburkan diri dalam bidang perniagaan patut ambil peluang dalam pameran seperti ini..takdapat nak lepak lama2 sebab bawak anak ni leceh sikit dapat plak mcm anak aku ni.ikskssshhh..takpelah lainkali kalau N.melaka buat lagi pameran camni aku akan sertai....

baru belajar.....

slm..
aku ni baru belajar nak buat blog ..teruja lah plak nak ada blog sendiri..
teringin nak mengalirkan idea untuk kwn semua..hehehh
hendaknya berjayalah pembinaan blog ni ....amin.....